Monday, July 14, 2008

Thursday, July 10, 2008







..mak..

mak..
mak bangun la mak..
mak..nape mak tinggal adik..
mak...
nape la tiba2 pagi ni aku rindu sangat nak dengar suara seorang mak..
dah lama mak tak panggil aku..adikkk
dah lama aku tak rasa masakan mak..
dah lama mak tak belai aku..
aku rindu semua ni..
selalu pagi2 cmni mesti mak masak untuk my fmaly...
tp sekarang..sume makan luar!
terlalu cepat mak tinggalkan aku...
...adik bagun la dik..bagun dik..
mak kena p hospital..aku yang masih dlm mamai terus bagun dapatkan mak..
mana mak??mana mak??nape ngan mak kak??
kak nape mak kena naik ambulns..nape kak?ruang tamu rumah ku penuh gan jiran2..
kak..adik nk ikut mak...kak nape gan mak kak??air mata ku tak dapt dbendung lagi..adik tak kira..adik nk ikut mak
tolong la abah.
adik nak ikut...ape sume ni?...aku terus menangis...sabar la dik..sabar dik..esok mak balik..
kak tipu!kak tipu..nape mak tak ckp gan adik..mak sakit kpala je tadi..
ni knapa smpai kena naik ambulans..
kak adik nak ikut...

program smbutan maal hijrah disekolah ku esok hari terpaksa aku batal kan..
mak ...nape mak kena masuk hospital..mak jom la balik..mak sihat kan..mak cakap la gan adik..
nape separuh badan mak lumpuh??mak..adik tak leh terima sume ni mak...mak tak penah sakit sebelum ni..nape mak kena pakai baju hospital ni..
mak....
adik rindu mak...
mak ckp la gan adik mak..

mak aku dimasukan ke hospital seberang jaya..
keesokan ari abah terus anta mak ke hospital specialist Lam wah yee untuk wt scan dibahagian kepala mak..
keputusan yang aku terima amat pedih..tp abah selalu di sisi aku..abah la yang banyak kuatkan semangat ku...mak mgalami pendarahan yang besar di bahagian kepala..Ya Allah..btul ke ape yang aku dengar ni..SubhanaAllah...

terfikir dlm fikiranku...
Yaa Rabbi.
selamatkan la mak..kami masih perlukan mak..
Engkau la Maha mengetahui..
Ya Allah..
tabahkan la hati aku untuk menempuh hari yang mendatang...
Amin..
hampir seminggu aku tidak ke sekolah..
tahun ni aku akn ambik pmr ..ah!tu sume tak penting..yang penting aku dapat jaga mak dengan sebaik mungkin..
mak bagiku segalanya..
mak terpaksa dipindahkan ke hospital besar pulau pinang..
ksian,sedih sangat tengk abah..aku dapat rasakan perasaan abah..
tp abah kuat..aku yakin abah dapat tempoh semua ni...

alhamdulilah...hospital dekat gn umah tok..senang la kami ulang-alik ke hospital...
aku jaga mak sebelah pagi sampai petang..malam kak yang ambik alih...
nk wt cmne laki tak dibenarkan untuk jaga..kesian abang2 aku..abg fazli bakal menduduki final exam kt maktab dia..cmne dia nak tempuh semua ni...tak dapat aku bayangkan...
dah la last year..
mesti mak gembirakan..semua anak2 mak disisi mak..semua datang nak jaga mak..
semua ada... mak...anak2 mak sentiasa disisi mak...kami akan jaga mak sampai mak sihat..
dah hmpir 3 ari aku di hospital...petang tu sekali lagi mak kena wat scan..alhamdulilah.result yang aku terima amat menggembirakan kami sekeluarga..pendarahan di kepala mak semakin kecil..
alhamdulilah...syukur padaMu Ya Rabi...aku tak putus2 berdoa.hospital dh jadi rumah kedua bagiku..

tp segala berubah dengan sekejap..hari ke5 mak dihospital...keadaan mak kembali kritikal..petang tu mak tak sedarkan diri...YaaAllah..Kau selamatkan la mak..tp mak masih lagi dlm wad..keadaan mak masih leh dikawal..
ptg tu abah suh aku balik rehat kt umah tok..nak tak nak aku ikut jga la...
baru lepas aku solat magrib..aku dapat panggilan telifon dari abah...
adik..
adik kena datang hospital sekarang gak!mak kritikal dik..
YaAllah...laju rasa denyutan jantung aku ni..YaAllah...tabahkan la hati hambamu ini...
aku terus bergegas ke hospital...
aku terkejut..ramai orang kampung ku dah datang..nape ni kak??mak mana?sabar la dik...mak kena masuk icu..mak dh kritikal dik..aku tak dapat menahan sebak..
mak kuat..mak sabar mak..mak sihat nanti adik nak peluk mak..adik nak jaga mak...adik nak cium mak...mak selalu cium adik kan...

mak dah tak bleh nak bercakap..
mak trpksa menerima bantuan pernafasan..aku pasrah..aku redha..aku terpaksa terima semua ni..aku peluk abah.."abah..dik takut abh..adik takut jadi ape2 kat mak...adik syg mak.."
abah yang sebelum ni seorang yang ego..tp mengalah akhirnya.tak penah aku tengok abh menitiskan air mata..aku lagi erat peluk abah..abah..adik takut..

keesokan arinya..tepat jam 9.50 pagi..24/3/2002...
mak yang paling aku sayangi telah meninggal kami sekeluarga..
mak telah kembali ke Rahmatullah..mak disahkan kematian berpunca dari sakit BASAL GANGLIA HEMORRHGE...
aku rasa gelap sangat masa depan ku...aku terus peluk mak yang sudah kaku..mak dh takkan sahut suara aku lagi sampai bila2..aku peluk erat mak..mak
mak maafkan segala kesalahan kami adikberadik mak..
mak ampun kan segala kesalahan adik mak..
mak...adik banyak wt salah dngn mak...
mak ampun kan adik...
aku terus jatuh...aku tak dapat terima ape yang terjadi ni..
sabar la dik..abah ada dgn adik..adik kena kuatkan semangat..adik masih ada abah...
aku pasrah..aku tak henti2 menangis..kak..abag2ku semua kelu lidah.duduk disisi jasad mak terus menangis..sedikit pun tak terkata..
YaAllah..
Engakau tempatkan lah makku disisi orang2 pilihan mu YAallah..
mak seorang ibu yang baik untuk kami YaAllah...
Kau ampunkan la sgala dosa2nye YaAllah...mak seorang isteri yang baik pada suami..
YaAllah..KAu terimalah segala kebajikannya..

pihak hospital dlm proses wt penghantaran jenazah mak ke rumahku..
aku,abg dan kak terus balik umah yang hmpir seminggu kami tinggalkan..
alhamdulilah...org kmpung banyak tolong kami sekeluarga..
smpai aku dirumah..segala persiapan dah siap untuk menunggu jenazah yang akan sampai...
sejam kemudia..jenazah mak selamat sampai..ramai sangat kenalan2 mak abah datang umah...kami adik beradik sentiasa disisi mak menghadiahkan Yassin...kak terus memelukku..adik sabar dik..mak mesti tak suka tengok adik nangis cmni..kak memujuk ku..
pas zohor..mak selamat dimandikan..

aku tak dapat menahan sebak..bila aku diberi peluang terakhir untuk mencium dahi mak sebelum seluruh jasad mak ditutp dgn kain kapan..aku cium mak dengan penuh kasihsayang...mak..Allah ada dgn mak..mak adik akan sentiasa rindu mak..mak..malam ni adik tak dapat cakap lagi dgn mak kan..tak dapat dah adik nk gurau gan mak..adik selalu merajuk gan mak kan?..tu semua dah jadi kenangan..

alhamdulilah..lepas solat asar.mak selamat dikebumikan..serentak mak dimasukkn dlm liang lahat, hujan renyai2 turun..seolah2 menemani mak..semua nye telah berakhir...
aku redha..aku pasrah dengan apa yang telah ditentukan...sampailah sekarang 2008 abah masih lagi duda..mak takda galang gantinya dengan orang lain bagi abah..

mak...
mak tetap dalam hati adik dan kami semua..
kami semua rindukan mak..
mak..
kami akan sentiasa doakan mak..
semoga mak bahagian disisiNya..
mutiaRa kaTa Ibnu-Qayyum


  • di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah s.w.t


  • di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah s.w.t


  • di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah s.w.t


  • di dala m hati manusia ada kegelisahan dan tidak kan tenang damai kecuali berlindung bertemu dan berjumpa denganNya


  • di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Nya serta qada dan qadar-Nya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemui-Nya


  • di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya


  • kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberi kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.......

Friday, July 4, 2008




Selalu yang terjadi...
CINTA :(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH : (sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG : (sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

RenuNgan BersaMa..

PENGANTIN.. UTK SEMUA...

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik…
Pertunangan sejak azali…
Di hujung hidup nanti…
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut…
Hantarannya…sakit dan nazak…
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis…
Pengantin dimandikan…
Dipakaikan baju cantik putih…
Wangian gaharu dan cendana…
Keranda jadi pelaminan…
Pengantin bersanding sendirian…
Di arak keliling kampung…
Berkompangkan azan dan kalimah kudus…
Akad nikahnya bacaan talkin…
Berwalikan liang lahat…
Saksi pula nisan-nisan…
Siraman air mawar…
Keluarga terdekat menepung tawar…
Tiba masa pengantin…
Menunggu sendirian…
Malam pertama bersama KEKASIH…
Di kamar bertilamkan tanah…
Dan Dia menuntut janji…
Sucikah kita tatkala berpadu…
Pernahkah taubat sepanjang hayat…
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu…
Menetapkanmu ke syurga…
Atau melemparkan dirimu ke neraka